tak nama kehidupan jika tanpa dugaan

Thursday, March 14, 2013

galaxy
tajuk skema itu perkara biasalah. ingat aku ni keje merapu sepuluh jam aje ke? ada masa-masa tertentu aku memilih untuk serius. serius mengambil serius akan keseriusan memandu kehidupan. haa. boleh giteww?
-,-

alhamdulillah. hidup 22tahun aku masih takde sisa-sisa menyesal. apa perlu menyesal? sekali buruk mana pun yang jadi, itu Allah dah plan siap-siap. sesuatu jadi bukan syiok-syiok jadi. pasti ada pengajaran/hikmah/sebab-munasabab untuk benda tu jadi.

for whatever it takes. believe. Allah is the most best planner. and insyaAllah things will turn just fine.

yakin pada Allah itu suatu perkara yang sangat penting yang harus kita terapkan. bukan yakin dimulut sahaja, tapi di hati. letak pengharapan yang tinggi pada Allah kerana Dia sahaja yang berhak dan Maha Kuasa.

put less expectation to human, but high hopes in Alah SWT.

suatu perkara kita perlu sedar, Allah tidak pernah menimpakan sesuatu yang buruk pada kita. hanya kita me'label'kan ia sebagai buruk walhal ia terbaik untuk kita. Yang kita sangka "buruk" itu hanya sekadar ujian kecil untuk Allah memberi peluang untuk kita kembali meletakkan sepenuh kebergantungan padaNya.

"And whatever of blessings and good things you have, it is from Allah. Then, when harm touches you, unto Him you cry aloud for help" [16:53]

apabila sudah yakin. apabila sudah meletakkan sepenuh pengharapan pada Allah. apabila dipertingkatkan kesabaran. insyaAllah rasa nikmatnya berlapang dada. walau macam mana circumstances yang mendatang, takkan kita jatuh malah diberi lebih kekuatan untuk menempuhnya. Allah itu sentiasa ada dengan kita.

"O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient." [2:153]

kakak kesayangan selalu pesan (harap maklum, semua kakak, kakak kesayangan. jika ada kakak lain membacanya, mohon jangan touching naa. kami sayang hampa semua ;D):

percaya. yakin. solat. sabar.

benda basic. tapi memerlukan waktu untuk dipraktikkan. untuk disebatikan. supaya ia menjadi habit. moga-moga, ini ciri-ciri kita. insyaAllah. :))

piss: buat abang ku sayang, kami sayang hampa dan akan sentiasa doakan hampa. terus kuat, jangan berhenti berharap. Allah sentiasa ada, rezki Dia sentiasa ada :')

4 comments:

onie said...

sabar dan istiqamah dalam mengharungi ujian Allah

nami said...

senyum :)

kanvasputih21 said...

suka entri ni syakey..

Laila Mahfol said...

baca sambil muhasabah diri :) suka entry yg macam ini. ilmu disampaikan dlm penulisan santai.

keep it up!

:)