umrah 2011 (Makkah Al Mukarramah)

Friday, April 20, 2012

alhamdulillah. sudah punya pengalaman menjejakkan kaki di sini (: semalam dapat berita kata rumet kesayangan masa dekat kmpp dulu nk pergi buat umrah. bestnya. satu perkhabaran yang menggembirakan. tumpang gembira sat. sebab wuuu rindu ahh. insyaAllah bercadang nak menunaikan haji pada usia muda. kasik terkesan sikit dalam diri ini. ;)
okey. so nisa (beloved rumet) kata nak calling-calling so cadang nak kongsi pengalamn dekat sini lah ye. (: ada a few things yang kami nak highlightkan. just nak share and mungkin boleh take note la sikit-sikit. ni untuk org muda mudi mcm aku ngn nisa yang tak berapa nak kental jiwa Islam dalam diri ni kann lagipun belum berpengalaman.
first thing first, ofkosss la kena prepare diri. diri ni maksudnya hati kita. nak pergi bulan mei kan. so masih ada peluang nak didik diri sebelum ke sana. banyak-banyakkan bertaubat dan bersihkan hati dengan solat-solat sunat and praktis la bangun solat pagi untuk buat tahajudd etc. tapi kekalkan lahh smpai balik umrah pun (:
next, pasal barang-barang tu konfem mak nisa lebih pakarrr lagi kan. cuma tak perlu bawak banyak pakaian pon. mmg rotate benda yang sama. kadang tengok kat sana geng rombongan tu memang dah hafal baju diorang. tak tengok muka tengok baju/tudung pon dah tau sapa dia. :D lagipun macam kitaorang, memang membasuh n menjemo baju dalam bilik. (:

okey. ni randomly ja tanpa mengikut turutan. mana ingat, aku keluarkan okey.
so macam proses umrah pulak. macam kami berjiwa muda sikit so pernah menguji kemampuan diri dengan buat umrah 2kali sehari. memang memenatkan sebab pernah kena continue tawaf dekat belah tingkat atas Masjidil Haram memang fuhh menguji kesabaran. cuma advisable buat sekali sehari je. sebabnya boleh ambil peluang untuk berqiamulai dekat masjid pada awal pagi. ada sikit tenaga yang boleh di simpan. slalunya pagi macam 7pagi (subuh 4pagi rasanya) dah boleh pergi Tanaim niat pe semua then slesai buat umrah pun sebelum tengah hari. tgh hari dah lunch + rehat. zohor n asar memang slalunya berkampung dekat Masjidil Haram je lahh. petang balik bilik n bersih diri, magrib isyak continue duduk dekat masjid.
slalunya lepas subuh kami akan makan, then terus bersiap untuk ke tana'im. lagi awal lagi bagus. sebab tawaf di awal pagi agak tak ramai la berbanding tawaf dalam pukul 10 macam tu (bergantung pada bulan yang kita pergi jugak la). tp ramai hanya pada mata. kalau hati pun sempit, taknak berhimpit, gamaknya nk tawaf pun berat je kan. tapi sebenarnya nampak je ramai,tapi bila dah masuk dalam tmpt tawaf tu, kawasan tu, rasa macam smooth je perjalanan, tak ada apa yang nk dikejarkan. tenang,berzikir, itu yang terbaik. insyaAllah. 30minit dh boleh slesai,kadang 20minit pun boleh. tp jgn la bekejar,biar pusing lama sikit, dpt berdoa lebih kan.
satu lagi benda best nak share. kalau lepas tawaf n solat sunat tawaf, nak terkesan sikit kat hati ni even though dah mengadap kaabah, beranikan diri untuk berasak sikit untuk pergi ke depan multazam (antara pintu kaabah dengan hajarul aswad) duduk diam-diam depan tu dan berdoa. itu memang moment paling best laa sebabnya macam skrin dosa dok tertayang & rasa teramat hampir denganNya dan lebih super kusyuk untuk berdoa. buat setiap kali lepas tawaf. (:
saie pulak, kaki kena kuat la. tapi aku tengok makcik-makcik pon boleyy bertahan apatah lagi kita yang muda ni. pakai socks tebal-tebal sikit supaya selesa nak jalan. sepanjang saie ni ada je tong tong air zam zam ni. so boleh la nak hilangkan penat sat singgah minum minum dulu ^^ kat sana taktau la kenapa air zam zam dia tak rasa payauu macam kat mesia bila dah bawak balik. so air zam zam sedap sangat kat sana. slalu tapauu bawak balik bilik buat stok minum sebelum tdo (:
sepanjang pemantauan aku kat sana, memang tersangat lah ramai orang malaysia ni buat umrah. masa g tu musim cuti skolah so berganda ramai. nak kenal mudah je, telekung. yang lain diorang pakai hitam tak pun kain corak-corak. dekat sana sangatlah typical untuk orang malaysia duduk dalam saf orang mesia. macam nampak aje telekung putih tu, haa ke situ la kta tuju nak duduk sekali. && mostly dekat bahagian air-cond dalam masjid ni memang ramaii la orang mesia duduk. tapi bukan apa, duduk dengan orang asing ni terganggu sikit kekusyukan sebab ye lah, lain culture lain gaya kann, karang kta dok buat persoalan pulak time time solat tu.
haa,untuk pesanan. bawak lah minyak yang boleh hilangkan lenguh kaki. at least, reduce la sikit sakit sakit tumit tu. vicks sangat penting. untuk selsema serta hidung sumbat. duduk dalam airplane slama 8jam memang konfem hidung lain macam dah. macam aku ngan kak-kak aku g musim panas, ini memang kena double kan penjagaan la. kena tutup mulut dan hidung sebab udara sana kering. kak aku sepanjang kat sana hidung berdarah je tapi alhamdulillah semua jiwa-jiwa kental ni. Allah beri kekuatan luar biasa (:
okey la, sebenarnya banyak benda tapi aku dah macam tak sistematik menyusun ayat. so, buat nisa semoga umrah ni menjadi satu platform untuk nisa meningkatkan diri nisa ke tahap baru, perubahan baru dalam hidup nisa. ambil peluang yang Allah beri dan hayati apakah makna kehidupan sebenar ni. doa banyak-banyak agar Allah sentiasa membuka pintu hati nisa untuk melakukan perubahan demi perubahan. && jangan lupa pegang kaabah! ambil peluang pegang kaabah && tahulah macam mana perasaan nya :')

sya sentiasa mendoakan selamat pergi dan selamat pulang dan semoga pulang dengan sesuatu yang baru dalam diri nisa. nanti nak kirim doa and doakan dengan sungguh-sungguh tauuu. insyaAllah. (:

lagi satu, jangan lupa makan aiskrim kat sana! tu ubat sakit tekak, batuk && selsema. hihi. shopping-shopping tu tak payah pk. bukan nak beli apa pun, habis lekeh sorang mesti bawak balik jubah abaya yaaa. :D

//nanti nak bagitau pasal madinah pulak. ada benda nak share masa dekat raudhah. ;)

27 comments:

azalia hjsalleh said...

kalau x silap kita.. awok ada usha someone kan masa pegi rombongan nie..
betul x? teeheee

azalia hjsalleh said...

btw shakey awok x de acc twitter ke?

syakey said...

yessss. hahaha. and free free dapat duduk dalam airplane dekat pulak tu dengan orang nya!! n free free dapat number orang tu sebab dalam gambar zoom zoom boleh nampak number dekat beg dia! kuikuikui :P

takda la lya, xmain tweet tweet ni :(

eyjalukman said...

wahh bestnye akk muda2 da pergi ke tnh suci :') bilalah rezeki kita pulak eh.

keli menari said...

subhanaallah.
alhamdulillah syakey dah ke sane.
doakan sy pulak murah rezeki dapat ke sane :) aminn

syafiqakarim said...

bila aku nak p ni syakey.. :(

syakey said...

eyja: insyaAllah akan datang okeyy (:

keli menari: insyaAllah (:

syafiqakarim: simpan duit mulai skrg weh. tak rugi. tak akan pernah rugi. insyaAllah. (:

cik ekaa hazir said...

seronoknyaa kak syakey dahh dpt pg Tanah Suci, :)

syakey said...

alhamdulillah. ;)

kura said...

Seronok :)
teringin juga :)

hairunisa said...

my dear syakey,..
i really2 miss u beb,.. sgt terharu bace post ni,... terima kasih bnyak2 sya,.. alhamdulillah, dpt bgi nisa p'dedahan awl psal keadaan kt sne kan,.. luv u sya,..
nisa doakan semoga sya n semua kwan2 nisa diberkati Allah n dlindungi rahmatNya,...

laskar pelangi said...

best betul dia diberi peluang pergi ke sana di usia muda..diri ini entah bila lagi ni..huhu~ lama dah tak singgah sini. busy pnya pasal.xsempat nak terjah entry2 ni..ehehe~

syakey said...

kura: pergilah masa usia muda ni. lebih bermakna :)

nisa: wuuu. rindu nisa jugak :') hv a safe journeyyy tau. insyaAllah dipermudahkan. :')

laskar pelangi: takpaaaaa, biasalah tu plaja dedikasi bizi bizi kannn. insyaAllah ada rezeki nanti okey (:

nami said...

bgus info cmnie

Aimi Rosli said...

wahhhhhhhhhhhhhh.

Nur Zaheera said...

waaaa bestnyaaa ;)

Umie Artoqiemie said...

jarang anak muda kongsi info berguna camni.
yeay syakey anda lah orang itu!

syakey said...

aimi: ;)

zaheera: alhamdulillah ;)

umie: trimakasih. benda baik kena la share. ;)

Anonymous said...

rndu nk pegi lagi ..

ABU said...

nak pergi bulan mei. dah tak lama ni.. mmg banyak persediaan nak buat.. mitak doaaknla ya negara kina ni aman selalu..

aimie amalina said...

^_______________6

tersenyum lebo
dan mule mikir
aku nak smp sini jugak someday
insyaAllah..



p.s: syg! x buat lagi review buku..hengatkan nnti eh..asik lopeee.. bizi naw..huhuhu..sori2..huhuhu

syakey said...

abu: harap harap gitu ahh

aimie: insyaAllah ada rezki kak mimi nanti okeyyy. (:

haaa! takpa buku tgh banyak yg boleh nk baca, blom nak membeli lg. lgpun org tu kan keje mmg la bizi. takpa takpa. free2 nanti bru buat okey ;)

asfira aminuddin said...

bestnya u dah jejak kaki ke makkah. i tak pernah lagi and one day nanti InsyaAllah. ehem ehem, siapa la agak agaknya org yang azalia maksudkan tu. hehehe.

Etong said...

Syukur, bestnya tengok syakey sdh pegi sana. ndatau bila lah masa etg pegi :)

syakey said...

alhamdulillah. ;)

ahha. itu orang yang satu rombongan. hanya tinggal kenangan je skrg. XD

acheeqa farhana said...

insyallah..kalau ad rzki,ni lah cita2 sy..dpt pergi tanah suci..

moga dipermudahkan oleh Allah..aminn

NadyaBubble said...

Subhanallah, indah dan seronoknya :)