kurangkan mengeluh, tingkatkan rasa syukur. (:

Tuesday, April 03, 2012

please take note; this is just a re-post of my previous entry.

ramai manusia termasuk kita dalam sedar tak sedar selalu sahaja mengeluh apabila suatu perkara tu kita tidak puas hati, atau suatu perkara itu kita merasa begitu sukar untuk dilakukan, untuk di tempuh, untuk dilalui.

kenapa??

kerana minda kita telah di mindset kan untuk bersenang. untuk sentiasa dalam comfort zone. apabila susah sedikit, mula lah macam-macam perkataan tidak senang yang keluar dari mulut kita.

apabila hari-hari kita mengeluh, minda kita akan di setkan untuk sentiasa mengeluh, walaupun benda simple sekalipun kita akan mengeluh, ini kan pula perkara/hari yang sukar, confirm la mengeluh berlipat ganda. macam Prof Dr Muhaya kata, percakapan melambangkan tingkah laku kita/ peribadi kita.

orang yang suka mengeluh --> fikirannya negatif --> tindakannya pun negatif --> emosi pun jadi negatif.

jadi, cuba tidak mengeluh. latih diri untuk tidak mengeluh sebaliknya sentiasa mengucapkan alhamudlillah, syukur alhamdulillah. dan sentiasa berfikiran positif walau sesukar mana sekalipun kerja itu

contohnya: sebagai pelajar, seharian ada kelas, dari 9pagi hinggalah ke 7petang (kelas aku hari isnin T__T). memang ada ruang untuk solat dan sebagainya. tapi rasa begitu penat badan ni. mengeluh. haih, penatnyaaa hari ni. penat sangat, letih sangat. apa yang sedang kita set kan dalam minda?? letih dan penat. dan secara automatik badan kita pun "konon2" letih dan penat.

okey. kita ambil situasi sebaliknya. seharian kelas dari 9pagi hingga 7petang. ehh, hari ni alhamdulillah selesai jugak satu hari yang pack. alhamdulillah Allah permudahkan aku hari ini, alhamdulillah ada jugak ilmu yang aku dapat hari ni. Alhamdulillah terasa badan sedikit penat tapi biasalah, inilah lumrah pelajar, menuntut ilmu selagi boleh. ada orang lebih susah, tak dapat pun menuntut ilmu, atau ada orang lebih banyak kesukaran, menuntut ilmu dalam keadaan yang tidak selesa/kekurangan. kita alhamdulillah, makan boleh, jalan boleh rehat boleh, semua complete takda kekurangan.

so dengan minda sebegini, nak balik bilik pun ceria. nak teruskan dengan meeting pada malam hari, atau ulangkaji pada malam hari pun bersemangat. sebab kita tahu, niat seharian belajar 9pagi hingga 7petang adalah kerana Allah. malam ni belajar pun kerana Allah. haa, kan Allah dah bagi hati kita gembira macam tu. (:

walaupun kita terasa sukar, kalau betul niat, kalau dijaga apa yang difikirkan dalam minda kita. insyaAllah, langsung rasa tak sukar. semua benda insyaAllah Allah permudahkan.

jadi, sebagai pelajar. janganlah mengeluh. kerja memang berlambak tapi kenapa kita mengeluh? kerana aturan masa kita salah. kenapa masih jugak mengeluh? sebab hati tak penah puas, sebab nak duduk rileks-rileks ja. itu la masalahnya. terbeban sikit pon tak boleh.

jaga hati jaga minda. belajar kerana Allah. insyaAllah (:

23 comments:

syafiqakarim said...

masa belajar dulu,class aku padat dia tak payah cakap la.hari2.exam seminggu 2x.test 22 paper.kuat juga
mengeluh.penat.lect bagi beban.main2 pasaan ktorg.hahah.skng ni,aku rindu saat2 tu :( betul syakey,apa jadi jgn cepat melatah/mengeluh.tuhan tak suka.think positive ,act positive.
^.^/

Anisa Hang Tuah said...

kak nis is rindu nak jadi pelajar semula & tak sabar nak belajar semula

emm

Iqmal said...

like!tak de share facebook button ke?

onie said...

aku salah seorang yang suka mengeluh.....actually,mengeluh ni tabiat yang sangat negatif dalam diri kita,lagi-lagi utk kehidupan seharian kita kan.....


terima dengan hati yang ikhlas jika berlakunya sesuatu...mengeluh itu tidak bermakna akan menyelesaikan problem tersebut...sso,sabar,hii

hanabunga said...

wahhhhhhhhhhhhhhh bestnyaaa baca entry ni!!!!thanks k.syakey bagi hana semangat balik! :3

intan sofia said...

syakirah,mcm mna nak kasi gmbar besar besar cmtu eh? hehehe

laskar pelangi said...

tersangat betul.kalau kita dah setkan minda kita ni buat itu ini menyusahkan ataupun memenatkan.mmg akan jadi penat. sama2 usaha untuk sem ni kerana Allah :)

amin :)

Rtp Farra Arisha said...

it's so very uncool when the times comes to blab here and there. dan mengeluh bukan solusi yang terbaik untuk menghindarkan diri dari pelbagai hal, malah membebankan lagi adalah. tapi klo ia sudah menjadi pure habit of a person, harus dikurangkanlah sikap mengeluh itu.

cik chopu said...

yupp students memang suka sangat mengeluh. thanks for sharing :)

Nelly The Strange said...

entri yang sangat menarik !
teruskan .
:)

daya said...

cantiknya gambar2. suka. :)

Amanina said...

betul2

aimie amalina said...

alhamdulillah :)
bersemangat lagi nak mncabarkan diri dlm dunia koje ni
thanks syakey!

so Atirah said...

thanks for sharing...skrg dah rasa mcm kembali 'berapi' ahahahaha

zazaw said...

aku suka mengeluh
aku harap lepas ni
aku tak kan mengeluh lagi
hmmmm

bai baizura said...

yups.ape2 benda yg kite buat niat kerana ALLAH <3

Aweyn said...

dulu bila saya mengeluh, rumate saya selalu kate "bila mengeluh,will automatically effect our mind n body.its like die salur tenaga negatif kt minda kita juga"


so be thankful for whatever happens

Izyan Masri said...

OKAY,PART2 MENGELUH NI DIA MCM TERKENA KAT BATANG HIDNG SENDIRI JE NI.SO RASA MCM NAK MALU JAP.HAHA

aiEz said...

waktu belajar tu sama waktu kerja aie..hee...

*usah mengeluh,susah2 dulu senang2 kemudian...

Faaein Talip Roy said...

yelah.. manusia ni suka sangat mengeluh.. termasuklah saya..


tak elok kan mengeluh.. Allah tak suka kan..

dapat satu motivasi sket pepagi ni..

nice sharing syakey... [^__^]


rindu nak tengok pic2 syakey jugak..

L said...

L suka buat kija wal, n now im relax2.. huuu..

jom tambah ilmu.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/04/kalau-lah-kita-faham.html

c'axoera ヅ said...

tak elok mengeluh selalu kan....tapi tu lah ...itu yang orang suka hrmm

aimie amalina said...

heeee
mcm status naqibah akak
yg pasti
nak tak nak kite kene buat gakkan
jadi cm x de pekdah nk ngeluh
baik pk cm ne nak strive kan aims kite yg berlambak2 tu dr ngeluh kan :D